WelcoMe...!!!


"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan..."

"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri..."

Isnin, 15 November 2010

Akukah Di Hatimu...

Kau pernah berkata
Hanya aku dihatimu
Hanya aku yang kau cinta
Apa bukti kata-katamu?
Kau mendiamkan diri...


Aku mengerti
Aku hanya sementara untukmu
Aku ingin pergi dan terus pergi...


Setelah semuanya berlalu
Dan ada yang telah hadir kepadaku?
Baru kau katakan
Kau amat mencintaaiku...


Apa sebenarnya mahumu?
Aku tidak mengerti
Inikah permainan darimu?


Setelah semuanya berlalu
Aku sedar...
Tidak mampuku hidup tanpamu
Seperti kau mahukan ku dulu...


Tapi sayang...
Kau telah pergi
Inikah akhirnya sebuah cinta dan perhubungan
Yang dulunya indah belaka?


Walau kau telah tiada
Ketahuilah, hanya cintamu saja
Tersemat di hati kecilku ini...

1 ulasan:

  1. Hasil nukilan yg d ambil dr majalah... sedey jea luahan hati nie.. mnyentuh hati n prasaan...

    BalasPadam